asal usul

Bumi yang kita pijak ini adalah bumi Melayu yang terhampar untuk bangsa ini sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Sebenarnya entah sejak bila, namun pasti Tuhan telah menentukan bangsa Melayu bertebaran di wilayah yang luas ini sehingga termasyur dengan panggilan Alam Melayu, Dunia Melayu, Wilayah Wangsa Melayu, Nusantara Melayu dan terkadang bergelar juga Kepulauan Melayu...

Melayu yang jelas bertamadun di bumi sebelah timur ini mempunyai sejarah, adab dan budaya sendiri, telah tercatat mempunyai kerajaan agung yang tersendiri, mempunyai seni dan falsafah tersendiri. Semua ini milik Melayu dan seharusnya kekal milik Melayu tanpa boleh dicabar atau dipertikaikan oleh sesiapa pun. Dek itu jika kita sebenar Melayu, maka kita jugalah yang sewajarnya mempertahankan dan mewarisi hak Melayu.

Keris terbit dari alam Melayu sejak berzaman dahulu namun masih tidak dipastikan bila. Hak Melayu tetap hak Melayu keris ini. Ternyata telah ada sejak sebelum berdirinya bangunan Borobudur di kepuluan Melayu, yang sekarang ini digelar Tanah Jawa di negara Indonesia atas kerana perilaku 'pecah dan perintah' para penjajah. Pada satu ketika dahulu, kita semua bermastautin dalam satu wilayah Melayu.

Para Pandai besi yang hebat telah dikenal pasti menghasilkan beribu bilah senjata termasuk pedang untuk kegunaan di seluruh dunia sejak lebih 1000 tahun dahulu di bumi Kedah, daerah Merbok. Jadi, kita Melayu jelas mempunyai kepakaran dalam menempa senjata besi dan kita Melayu memiliki senjata tersendiri, iaitu KERIS yang tidak ada pada bangsa lain di mana-mana pun di bumi ini, selain ternyata cuma terdapat di Bumi Melayu..

"Di Mana Melayu Mu, Jika Keris Sebilah Pun Tidak Berpunya..."

NOTA :
Borobudur, sekarang ini hangat diperdebatkan bahawa ia bukan bangunan atau candi keagamaan Hindu atau Buddha kerana terdapat bukti-bukti atas kajian beberapa sarjana bahawa bagunan Borobudur ini ada kaitan dengan kerajaan Nabi Sulaiman dan Puteri Balkis. [rujuk:http://cokiehti.wordpress.com/2013/03/02/borobudur-adalah-peninggalan-nabi-sulaiman/]