Melayu terlalu kaya dengan seninya, berbahasa berseni, bersilat berseni dan begitulah juga berkeris berseni. Seni pada keris, seni pabila memakai keris. Pada setiap bilah keris punya seninya tersendiri sama ada pada bentuk, campuran besi, pamur dan pelbagai lagi termasuklah seni pada sepuhan keris. Jika hendak dihimpun semua seni keris ini kemungkinan menjangkau ribuan bilah.
Di ruang ini terdapat beberapa jenis keris yang ada dalam simpanan kami sebagai usaha koleksi dari masa ke semasa agar mewarisi warisan karya seni keris yang terdapat di alam Melayu.
Jika Benar Kita Melayu, jika kita tidak mewarisi khazanah warisan Melayu,
maka siapa lagi?
KOLEKSI KAMI
![]() |
K-27004 : Keris Saras Fatani Antik. Besi sebatang sepuh separuh. Hulu Tanduk Kerbau. Batang serunai dililit Gading. Keris berasal dari Singgora, Siam. Ukuran 16"/19.5" [koleksi] |
![]() |
K-27007 : Keris Tajung Chenok Antik. Besi Tarung Sebatang. Hulu Chenok asli Batang Serunai disalut Perak. Keris berasal dari Chenok, Siam. Ukuran 13.5"/17" [koleksi] |
![]() |
K-27008 : Keris Melayu Fatani Antik. Keris berbilah tirus yang sukar diperolehi. Bilah berpamor. Berasal dari Fatani. Ukuran 8.5"/11.5" [koleksi] |
![]() |
K-27010 : Keris Melayu. Keris anugerah dalam majlis pendekar. Bilah berpamor. Hulu dan sarung dibalut Perak. Keris berasal dari Negeri Perak. Ukuran 7"/10" [koleksi] |
![]() |
K-27012 : Keris Jawa Raja Unggu. Bilah antik dengan pakaian baru. Keris berasal dari Jawa. Ukuran 15"/20" [koleksi] |
![]() |
K-27014 : Keris Malela. Bilah tarung besi hitam. Keris Lama hasil tangan Pandai Besi tempatan dari Pahang. Ukuran 15"/18.5" [koleksi] |
![]() |
K-27028-Keris Alang Fatani Antik. Sampir Sehari Bulan dan Hulu Tapak Kuda. Keseluruhan Antik. Keris diperolehi dari Fatani. Ukuran 16"/20" [koleksi] |
![]() |
K-27029 : Keris Selit Anak Sungai. Keris bersarung kayu Manggo dan Sampir Kemunig. Diperolehi dari Kelantan. Ukuran 9.5"/12" [koleksi] |
SENJATA IRINGAN
![]() |
B-27006 : Badek Agong. Keselurahan lama dan bilah berpamor. Badek diperolehi dari Selangor. Ukuran 11.5"/15.5" [koleksi] |
![]() |
B-27011 : Badek Berkalimah. Milik asal guru persilatan. Besi berpamor berkalimah. Bilah Tua. Ukuran 4.5"/6.5" [koleksi] |
![]() |
B-27013 : Badik Kuala Kangsar. Bilah berusia lebih 15 tahun. Diperolehi di Kuala Kangar. Ukuran 9"/12.5" [koleksi] |